fbpx

Bapa beli kelab bola sepak untuk bermain bersama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setakat ini, kedua-dua bapa dan anak itu belum membuktikan kehebatan mereka dan pasukan tersebut berada pada kedudukan tercorot dalam liga. - Oddity Central

BEIJING – Seorang bapa membeli sebuah kelab bola sepak divisyen dua di China supaya dia dan anak lelakinya boleh bermain dalam perlawanan rasmi, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

He Shihua, 35, yang merupakan seorang usahawan berkata, antara penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah tidak dapat  menyertai pasukan profesional dan bermain dalam liga rasmi bola sepak.

Justeru, dia mengambil keputusan membeli sebuah kelab bola sepak di negara itu.

Shihua merupakan pemegang saham terbesar Kelab Bola Sepak Zibo Cuju yang bermain dalam divisyen dua di China. 

Dia dan anaknya yang memiliki berat 126 kilogram merupakan sebahagian daripada pasukan tersebut biarpun mereka ‘tidak memiliki kemahiran yang baik’.

Shihua pada mulanya bermain dalam satu perlawanan awal bulan ini namun pada minggu lalu, dia mendesak jurulatih pasukan untuk memasukkan anak lelakinya dalam kesebelasan pemain utama.

Begitu pun, ia menjadi isu kerana anak lelaki itu memiliki berat 126 kilogram dan tidak ideal sebagai seorang pemain bola sepak.

Tindakan Shihua yang dianggap menggunakan kelab itu untuk kepentingan dia dan anak lelakinya mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Ada yang memuji kesungguhan bapa itu dan ada juga yang menyelar tindakan itu dengan mengatakan Shuhua seolah-olah memperlekehkan sukan bola sepak dan memalukan jurulatih dan pemain Zibo Cuju.

Setakat ini, kedua-dua bapa dan anak itu belum membuktikan kehebatan mereka dan pasukan tersebut berada pada kedudukan tercorot dalam liga. -Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN