fbpx

Ayu Damit mohon doa kesihatan bapa di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada perasaan dapat digambarkan oleh penyanyi Ayu Damit selain daripada rasa sedih dan bimbang selepas diberitahu doktor untuk bersedia atas apa sahaja kemungkinan yang berlaku ke atas bapanya.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 32, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, bapanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejak malam semalam ketika berada di rumah.

“Bapa tidak sedar sejak malam semalam. Tapi alhamdulillah bapa dah sedarkan diri pagi tadi dan berada di bawah pemerhatian doktor.

“Dia (bapa) tak mahu pergi ke hospital. Tapi saya paksa juga hari ini untuk ke sana (hospital),” kata Ayu.

Ujar pelantun lagu Permata itu, terdahulu bapanya telah dikesan menghidap kanser pada bahagian otak. Lebih menyedihkan apabila doktor memintanya sekeluarga supaya bersedia dan berdoa jika berlaku sebarang kemungkinan yang buruk.

“Pagi tadi saya dapat bercakap sepatah dua dengan bapa. Tapi ketika itu dia mamai dan menangis. Nampak dia agak sedih. Bagaimanapun saya akan usaha juga sebaik mungkin untuk balik ke Sabah.

“Saya berharap sangat segala urusan dipermudahkan. Tapi andai kata sesuatu yang buruk berlaku, saya reda kalau tidak sempat berjumpa,” ujarnya.

Ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Ayu memaklumkan bapanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Cuma dia ada melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama Ayu sekeluarga.

Ayu dalam pada itu turut memohon peminatnya untuk mendoakan kesejahteraan bapanya supaya tidak terjadi perkara buruk.

“Bapa tunggu saya balik tau. Sikit hari sahaja lagi saya sampai,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI