fbpx

Arsenal perlu ke saingan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengakui bahawa Arsenal perlu beraksi di peringkat Eropah biarpun pada saingan kelas ketiga di Liga Eropah Conference. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menegaskan, mereka perlu beraksi di pentas Eropah musim depan dan berharap layak ke Liga Europa Conference meskipun ia adalah pertandingan kelas ketiga anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Ia adalah satu-satunya kejohanan Eropah yang boleh disertai The Gunners selepas gagal ke Liga Juara-Juara sebagai kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa untuk pasukan tempat kelima serta keenam musim ini.

Bagaimanapun, Arsenal perlu memperbaiki kedudukan kesembilan dengan menduduki tempat ketujuh untuk merebut slot ke Liga Europa Conference pada aksi terakhir EPL menentang Brighton di Stadium Emi­rates malam ini.

“Liga Europa amat sukar ke­rana anda perlu mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh singkat. Kadang-kadang ia boleh memberi negatif impak kepada kedudukan pasukan anda dalam saingan EPL.

“Namun, kami mahu mencuba dan memberikan keputusan yang paling baik. Apa-apa pun kelab seperti ini (Arsenal) perlu sentiasa bermain dalam sai­ngan Eropah,” kata Arteta.

Begitupun, Arsenal masih perlu mengharapkan dua pencabar terdekat mereka iaitu Tottenham Hotspur serta Everton masing-masing tewas dalam perlawanan EPL ter­akhir mereka malam ini.

Spurs kini menduduki tangga ketujuh kini mengumpul 59 mata sama dengan Everton di tempat kelapan, manakala Arsenal ketinggalan satu mata pada kedudukan kesembilan.

Sebagai rekod, Spurs dijadualkan menentang pasukan tempat kelima, Leicester City sementara Everton pula bakal melengkapkan kempen mereka bertemu juara baharu EPL, Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI