SYAWAL yang dinanti sudah pun berlalu, tetapi sampai sekarang pasangan serasi, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih lagi berahsia tentang tarikh majlis pernikahan mereka.
Bukan apa, dengan situasi ‘menggila’ Covid-19 sekarang, Diva tak rasa mereka boleh melangsungkan majlis pernikahan dalam masa terdekat atau mungkin tahun ini juga.
Mana tidaknya, kalau ikutkan perancangan, mereka sudah merancang untuk melakukan majlis akad nikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.
Walaupun sebelum ini Uqasha dan juga Kamal memberitahu sudah melakukan persiapan sebanyak 80 peratus menjelang hari bahagia mereka, keadaan semasa Covid-19 pada hari ini memungkinkan majlis yang dinanti-nantikan ramai tersebut akan ditunda.
Kerajaan pun tidak membenarkan penganjuran sebarang bentuk majlis sosial. Hari Raya Aidilfitri yang baru disambut minggu lalu pun ‘sendu’ sahaja.
Diva harap Uqasha dan Kamal bersabarlah dengan apa yang terjadi. Anggap sahaja itu dugaan untuk membina sebuah masjid. Semoga apa yang telah dirancang berjalan dengan baik bila semuanya kembali normal.
DIVA: Pelakon Emelda Rosmila nampaknya berharap sangat supaya kerajaan melaksanakan perintah berkurung menyeluruh di seluruh negara. Anda setuju?