fbpx

69 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan polis Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan pemeriksaan ke atas pengguna jalan raya dalam Operasi Motosikal dan Ops Kesalahan Utama, di tiga lokasi sekitar Sepang di sini, hari ini. Foto IHSAN PDRM

SEPANG – Sebanyak 69 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam Operasi Motosikal dan Ops Kesalahan Utama di tiga lokasi sekitar Sepang di sini, hari ini.

Sebanyak 264 kenderaan diperiksa dalam operasi yang bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Jalan Sierra, Kajang; Jalan Jenderam,Dengkil dan Jalan Pekan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) itu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam operasi itu juga, seramai 280 individu telah diperiksa.

“Daripada pemeriksaan yang dibuat, polis telah menyita sebuah motosikal kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, mana-mana pemilik motosikal atau kereta yang telah membuat pengubahsuaian ekzos dinasihatkan agar memasang semula ekzos asal sebelum tindakan tegas diambil.

“Polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan yang telah mengubah suai ekzos hingga mengeluarkan bunyi bising dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada masyarakat awam,” katanya.

Jika didapati bersalah, denda dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah kaedah- kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan pengguna) 1959 LN 170/1959.

Operasi berkenaan diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Superintendan, Rudy Syahrizal Elham.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI