fbpx

644 ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 644 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengetuai Task Force Operasi Pematuhan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 614 individu dikompaun manakala 30 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (218), tidak memakai pelitup muka (126) dan tiada penjarakan fizikal (103).

“Turut dilakukan ialah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (102), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (5) dan lain-lain (90),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap manakala tiga buah kenderaan darat dirampas menerusi Ops Benteng semalam.

“Sebanyak 169 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 482 sekatan jalan raya telah dilaksanakan semalam oleh PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI