fbpx

20 maut ribut landa larian ultra-maraton China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat mencari orang yang hilang di lokasi pelancongan Hutan Batu Batu Kuning di Daerah Jingtai di Bandar Baiyin, Wilayah Gansu di barat laut China, hari ini. - www.news.cn

BEIJING – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lima lagi hilang apabila  hujan ais dan angin kencang  melanda sebuah pertandingan larian ultra-marathon merentas desa sejauh 100 kilometer di China.

Cuaca buruk itu berlaku ketika perlumbaan  berlangsung di Hutan Batu Sungai Kuning dekat  Bandar Baiyin,  dalam wilayah Gansu di barat laut China

Pihak berkuasa berkata, lebih 700 anggota penyelamat telah dikerahkan untuk mencari peserta yang hilang.

“Menurut pasukan penyelamat, sekitar pukul 1 pagi semalam (waktu tempatan) hujan ais dan ribut melanda kawasan pertandingan di peringkat altitud tinggi antara  laluan   20 kilometer hingga 31 kilometer,” lapor agensi berita Xinhua.

“Peserta mengalami ketidakselesaan fizikal dan perubahan suhu secara mendadak.

“Sebahagian daripada 172 peserta dilaporkan hilang dan perlumbaan dihentikan serta merta,”, demikian menurut laporan itu.

Misi mencari dan menyelamat menjadi lebih sukar apabila suhu sekitar pergunungan menurun dengan pantas pada waktu malam.

“Sehingga pukul 3 pagi hari ini, seramai 151 peserta telah disahkan selamat manakala lima lagi dirawat akibat kecederaan ringan dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil,” lapor Xinhua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI