fbpx

Mayat lelaki reput ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui orang awam di Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor, petang semalam. - FOTO: IHSAN POLIS

BATU PAHAT- Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemui terapung di pantai Sungai Lurus, di sini, petang semalam.

Mayat itu ditemui penduduk di kawasan sekitar pada pukul 5.50 petang sebelum menghubungi Balai Polis Senggarang di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan keadaannya mereput dan tidak lagi sempurna.

“Dalam kejadian semalam lebih kurang pukul 5.50 petang, Balai Polis Senggarang telah menerima maklumat berhubung penemuan satu mayat terapung di Sungai Lurus.

“Mayat kemudian dibawa ke pantai Rengit oleh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APMM) sebelum diserahkan kepada pihak polis pada pukul 7.50 petang,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan maklumat mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI