fbpx

Masjid Felda Linggiu ditutup hingga 28 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk menampal notis penutup Masjid Felda Linggiu berikutan terdapat jangkitan kes positif Covid-19 di masjid berkenaan.

KOTA TINGGI – Masjid Felda Linggiu di sini ditutup petang hari ini sehingga 28 Mei depan selama tujuh hari susulan terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan.

Ketua Kampung Felda Linggiu, Mahadir Mohd. Tahar berkata, arahan penutup masjid itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa pukul 5 petang tadi.

“Semua kes ini dipercayai berpunca dari anak peneroka Felda Linggiu yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Tenggara. Kita dimaklumkan mereka telah membuat ujian calitan swasta. Ketika keputusan belum keluar tiada gelang yang dipakai.

“Mereka kemudian datang ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan juga solat Jumaat. Bagaimanapun apabila hasil keputusan ujian calitan keluar pada Sabtu mendapati dua orang positif,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, susulan itu seorang bilal mengalami demam berterusan, muntah-muntah selain berterusan membuang air besar dan sesak nafas, sebelum akhirnya disahkan positif di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Jelasnya, bilal tersebut kini masih dirawat di HKT dengan bantuan pernafasan manakala terdapat tujuh yang lain disahkan positif dikuarantin di pusat kuarantin  selain dikuarantin di rumah masing-masing.

“Esok, kira-kira 14 orang terdiri dari semua imam, bilal, noja dan ahli jawatankuasa Masjid Felda Linggiu akan menjalani ujian calitan di Dewan Taman Kota Jaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI