fbpx

Diberkas 24 jam selepas pecah masuk premis bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peralatan yang dirampas daripada suspek pecah masuk sebuah premis di Bukit Mertajam kelmarin.

SEBERANG PERAI – Tujuh lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memecah masuk sebuah premis melombong bitcoin di Taman Tokun Jaya, Bukit Mertajam di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, suspek berusia di antara 20 hingga 30 tahun itu berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas polis menerima laporan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pengadu yang dipercayai pemilik kedai mendakwa gril besi dan pintu kayu di hadapan kedainya telah dirosakkan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kedai kemudian mendapati dua set server dan kira-kira 50 buah mesin bitcoin telah hilang.

“Sehubungan itu, satu laporan polis berhubung kejadian itu kemudian dibuat kira-kira pukul 4.20 petang hari yang sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, semakan lanjut mendapati, kesemua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Katanya, semasa tangkapan juga, beberapa peralatan dan kenderaan yang digunakan untuk memecah masuk premis tersebut telah dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI