fbpx

Aduan dikemukakan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Haris dan Noor Neelofa.

SEREMBAN – Aduan berhubung keistimewaan yang diberikan kepada selebriti, Noor Neelofa Mohd. Nor ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban kelmarin telah dipanjangkan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Ia susulan aduan daripada pihak peguam yang mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada Noor Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail apabila kenderaan mereka dibenarkan parkir di premis Kompleks Mahkamah Seremban ketika didakwa, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, aduan tersebut telah dibuat oleh salah seorang peguam pada petang Khamis lalu iaitu pada hari yang sama pasangan selebriti itu didakwa atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Peguam-peguam di Negeri Sembilan ada membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan tentang hal ini dan kami menerima satu surat bertulis daripada seorang peguam pada 20 Mei lalu (Khamis).

“Perkara ini (aduan) telah dipanjangkan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan pada pukul 3 petang semalam (Jumaat), dan kami masih menunggu maklum balas berhubung isu tersebut dan pihak mahkamah akan jawab sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tular aduan peguam yang memaklumkan selebriti itu dibenarkan parkir dalam mahkamah manakala individu lain perlu meletakkan kenderaan di kawasan seberang jalan di mana perkara itu boleh boleh menimbulkan persepsi dan menjejaskan integriti mahkamah.

Sebaliknya, pengadu memberitahu hanya kenderaan milik kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian kepada orang awam (jika kurang upaya)dibenarkan parkir dalam premis mahkamah.

Malah, pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan apabila mereka meminta untuk memasuki perkarangan mahkamah, namun mereka patuh kepad arahan bagi menghormati integriti institusi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI