fbpx

80 peratus kakitangan awam bekerja dari rumah, swasta 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 80 peratus atau lebih 750,000 kakitangan awam akan bekerja dari rumah selepas ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi sektor sektor swasta pula kira-kira 40 peratus atau bersamaan kira-kira 6.1 juta pekerja turut akan bekerja dari rumah.

Beliau berkata, langkah ini diambil bagi mengurangkan pergerakan di jalan raya dan juga mengurangkan kesesakan di tempat kerja.

“Butiran terperinci berkenaan arahan bekerja dari rumah akan diumumkan Ketua Setiausaha Negara.

“Manakala bagi sektor swasta akan diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ),”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI