fbpx

Tune Protect lancar insurans kediaman mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOO (dua dari kanan) pada majlis pelancaran produk insurans terbaharu Tune Protect secara maya semalam.

PETALING JAYA – Penyedia insurans, Tune Protect Malaysia melancarkan dua produk insurans mampu milik, iaitu Home Easy dan Home Shield bagi menyediakan perlindungan komprehensif tidak hanya untuk kediaman, malah kelengkapan dalam rumah.

Apa yang menarik, produk Home Easy yang dipasarkan menerusi saluran digital didakwa paling murah di pasaran menawarkan kadar sekitar 40 peratus lebih rendah berbanding kadar biasa dibayar pengguna.

Pembelian Home Shield pula akan dibantu oleh ejen Tune Protect, buat pelanggan yang kurang selesa mendapatkan perlindungan insurans secara online.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, William Foo berkata, sempena pelancaran, pihaknya melaksanakan kempen Jaminan Harga Terendah yang mana sehingga 31 Ogos ini, pelanggan yang menemui produk insurans kediaman pada kadar lebih rendah daripada Home Easy akan dibayar nilai perbezaannya.

“Kami optimis produk ini akan mendapat sambutan baik berdasarkan situasi pasaran semasa, ketika ramai yang terjejas akibat Covid-19 dan setiap ringgit yang mampu dijimatkan diambil kira oleh pengguna.

“Kedua-dua produk ini ditawarkan untuk kediaman baharu dan kediaman sedia ada,” katanya pada sesi pelancaran secara dalam talian semalam.

Sementara itu, Nambiar menjelaskan, kedua-dua produk berkenaan memiliki potensi yang luas, memandangkan terdapat lebih 5.3 juta kediaman di negara ini.

Tambah beliau, satu kajian yang dilaksanakan oleh Ernst & Young tahun lalu mendapati, sebanyak 94 peratus daripada golongan millenial di negara ini berhasrat membeli kediaman dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna lebih banyak kediaman baharu akan diwujudkan di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI