fbpx

Tiga diberkas bersama dadah bernilai RM310,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas dalam operasi di Butterworth Rabu lalu.

SEBERANG PERAI – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas tertangkapnya tiga lelaki di sekitar Butterworth di sini Rabu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, penangkapan supek berusia 24 hingga 26 tahun itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai RM310,000.

Pada masa yang sama katanya, sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 bernilai RM5,300, dua utas rantai leher serta dua bentuk cincin bernilai RM8,700 dan RM4,515 turut disita sekaligus menjadikan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM328,515.

“Suspek pertama telah diberkas kira-kira pukul 7 malam di kawasan perusahaan di Butterworth dan kesemua dadah berkenaan juga dijumpai di dalam dua buah kereta yang diperiksa susulan penahanan lelaki tersebut.

“Hasil soal siasat lanjut, dua lagi suspek yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah berjaya diberkas kira-kira pukul 8.20 malam pada hari yang sama di sekitar lokasi yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sahabudin berkata, secara keseluruhannya, berat heroin dan syabu yang dirampas itu ialah masing-masing sebanyak 15.90 kilogram (kg) dan 3.62 kg serta boleh digunakan oleh seramai 97,620 penagih dadah.

Menurut Sahabudin, kesemu suspek direman selama lima hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI