fbpx

Tiga beradik syukur keluar PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beradik dari kiri Nuranati Balqis Syukri, Mohd. Hasif Tasnim dan Mohd. Haziq Tasnim mengaminkan doa sebaik dibenarkan keluar setelah sembuh sepenuhnya dari Covid-19 di PKRC Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto: RAJA JAAFAR ALI

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiada yang lebih mengembirakan apabila dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin Rendah Covid (PKRC) di Pasir Gudang di sini hari ini.

Jelas terpancar ceria diwajah mereka sebaik saja gelang putih yang dipakai dipotong oleh pegawai perubatan dan pintu utama di buka.

Hanya ucapan syukur dan gembira sambil membawa beg pakaian masing-masing dan melambaikan tangan kepada pegawai perubatan.

Bagi tiga beradik Nuranati Balqis Sukri 16, Mohd. Haziq Tasnim, 11, dan Mohd. Hasif Tasnim, 7, begitu gembira sebaik dapat keluar dari PKRC.

Mereka bertiga dikuarantin bermula Ahad lalu setelah menerima jangkitan dari keluarganya.

Menurut Nuranati, pada peringkat permulaan hanya tiada deria bau dan rasa diikuti demam.

Sementara itu adiknya Mohd. Hasif Tasnim 7, yang turut dikuaratin lega dan dapat keluar.

“Nasib baik ada abang dan kakak yang sama-sama kena kuaratin jadi tak takut sangat sebab emak dan dan ayah dah keluar awal,” katanya.

Sementara itu bagi pelajar SMK Bandar Penawar Muhammad Al Hafiz Mohd Razali, 14, hanya ucapan syukur kerana dapat keluar dari PKRC.

Sebaik keluar bersama empat lagi rakan sekolahnya dia terus mengaminkan doa sebelum kedatangan ibu bapanya dari Bandar Penawar.

“Nasihat saya kepada orang ramai sentiasa patuh kepada SOP, pakailah pelitup muka dan jaga jarak, lebih baik duduk rumah itu lebih selamat,”katanya di PKRC. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI