fbpx

Tiada pemotongan elektrik domestik hingga akhir Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan elektrik tidak melebihi enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac 2021.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengguna-pengguna domestik juga turut ditawarkan Pelan Bayaran Mudah selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mengurus bil elektrik mereka.

“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan kira-kira 6.96 juta pengguna domestik di semenanjung memperoleh manfaat dan diharapkan ia dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

“Kerajaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memastikan tiada pemotongan bekalan elektrik di rumah-rumah yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Manakala bagi Pelan Bayaran Mudah pula, ia juga dilanjutkan hingga 31 Disember ini, bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka.

Katanya inisiatif yang diambil bersama TNB itu adalah dengan mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI