fbpx

PSG ungguli Piala Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG merangkul gelaran Piala Perancis selepas berjaya mengatasi cabaran Monaco pada aksi final 2-0 di Stade de France awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Bintang sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe muncul watak penting dalam membantu pasukan itu menjulang kejuaraan Piala Perancis selepas menundukkan Monaco 2-0 awal pagi semalam.

Pada aksi final tersebut, Mbappe berjaya melakukan umpanan gol serta meledak satu jaringan untuk aksi yang berlangsung di Stade de France.

PSG membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi Mauro Icardi selepas Mbappe bijak mencuri peluang ekoran kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan Monaco, Axel Disasi sebelum melakukan hantaran untuk disudahkan dengan jaringan pertama.

Ketika bintang utama mereka, Neymar terpaksa menyaksikan perlawanan dari kerusi penonton selepas dikenakan hukuman penggantungan, Mbappe terus memainkan peranan penting apabila meledak gol kedua pada minit ke-81.

Kejayaan itu menyaksikan PSG berjaya mengekalkan kejua­raan dan merangkul gelaran buat kali ke-14 dalam sejarah mereka, manakala Monaco terus kempunan selepas kali terakhir mara ke perlawanan akhir pada 2010.

“Kami bekerja keras setiap hari untuk menikmati saat-saat seperti ini. Ia adalah hasil kerjasama semua pihak dan hadiah untuk semua penyokong.

“Apabila anda bermain untuk PSG, gelaran adalah cukup pen­ting untuk menjadi sejarah kami,” kata Mbappe.

Selepas aksi tersebut, tumpuan kedua-dua kelab itu kini kembali terarah kepada saingan Ligue 1 dan masih berpeluang untuk memburu gelaran juara apabila PSG ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Lille, manakala Monaco pula kekurangan tiga mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI