fbpx

Polis akan panggil Exco Selangor langgar SOP Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang Exco Selangor didakwa telah melanggar SOP Aidilfitri berhubung isu ziarah hari raya.

SHAH ALAM – Polis akan memanggil seorang Exco Selangor dalam masa terdekat dalam membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat susulan penularan gambar tersebut di media sosial.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17, P.U (A) 225/2021 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021

“Kita akan panggil semua individu di dalam gambar tersebut termasuk Exco berkenaan.

“Kalau ada kesalahan kita akan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang ada,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang Exco Selangor didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) berhubung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat di sini.

Ini susulan penularan beberapa keping gambar daripada sebuah akaun Twitter pada pukul 11.27 pagi tadi.

Berdasarkan Twitter itu, pengguna tersebut melakukan ciapan “satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa sudah terpampang pada gambar-gambar itu”.

Difahamkan individu tersebut adalah Borhan Aman Shah yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI