fbpx

Pemandu maut lori tanah terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan lori tanah dipandu mangsa yang terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Mas Taman Tasik bersebelahan dengan Pasaraya AEON Mall Taiping pagi tadi.

TAIPING – Seorang pemandu lori tanah maut setelah kenderaan yang dipandunya terbabas lalu bergesel dengan tembok dinding jalan di Jalan Bukit Mas Taman Tasik bersebelahan dengan Pasaraya AEON Mall Taiping di sini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, K. Ambigeswaran, 24, dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan yang dibawanya ke sebuah tapak pembinaan bersebelahan dengan pasaraya tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sebaik tiba di tempat kejadian lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tembok sebelah kanan jalan.

Menurut beliau, akibatnya mangsa yang tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah pada badan.

“Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Punca kematian disebabkan kecederaan parah pada seluruh anggota badan manakala kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI