fbpx

Pemandu kereta api laju minta konduktor pandu tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta api Shinkansen dikendalikan secara automatik namun masih memerlukan pemandu di ruang kokpit bagi mengambil alih kawalan sekiranya berdepan kejadian tidak diingini. - Getty Images/BBC

TOKYO – Gara-gara pergi ke tandas selama beberapa minit, seorang pemandu kereta api laju atau bullet train di Jepun berdepan tindakan tatatertib kerana membiarkan pengangkutan awam tersebut dikendalikan oleh seorang konduktor semasa ketiadaannya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Pemandu yang tidak dinyatakan identitinya itu meminta seorang konduktor yang tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan kereta api Shinkansen itu. Semasa kejadian tren bergerak dengan kelajuan 150 kilometer sejam.

Kejadian itu berlaku di wilayah Shizuoka pada Ahad lepas ketika kereta api tersebut membawa seramai 160 penumpang.

Pemandu berusia 36 tahun itu mengalami sakit perut dan perlu menggunakan tandas dengan segera.

Dia kemudian memanggil seorang konduktor untuk masuk ke ruang pemanduan bagi mengendalikan kereta api tersebut sebelum menggunakan tandas di bahagian gerabak penumpang selama tiga minit.  

Meskipun tidak mengganggu perjalanan, syarikat pengendali kereta api tersebut, Central Japan Railway Company (JR Central) telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasan dan membuat permohonan maaf.

Ini kerana menurut peraturan syarikat, jika pemandu kereta api berasa tidak sihat, mereka perlu menghubungi pusat kawalan pengangkutan.

Mereka juga dibenarkan meminta bantuan konduktor untuk mengendalikan kereta api, namun dengan syarat konduktor tersebut mestilah mempunyai lesen memandu pengangkutan awam tersebut.

“Itu merupakan satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kami meminta maaf,” ujar seorang pegawai kanan JR Central, Masahiro Hayatsu.

Kedua-dua pemandu kereta api dan konduktor berkenaan kini berdepan  tindakan disiplin.

Kereta api Shinkansen dikendalikan secara automatik namun masih memerlukan pemandu di ruang kokpit bagi mengambil alih kawalan sekiranya berdepan kejadian tidak diingini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI