fbpx

Pegawai kanan APMM didakwa terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas pertuduhan menerima suapan di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor, berdepan 13 tuduhan menerima suapan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Sulhan Zainon, 51, didakwa menerima suapan daripada seorang pengarah syarikat sebagai balasan untuk tidak melakukan pemeriksaan terhadap bot milik syarikat terbabit.

Pendakwaan mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 hingga RM4,000 antara 19 April 2019 hingga 27 November 2020, melalui pindahan wang ke akaun miliknya.

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Shukri Mohamed, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua dakwaan itu dan minta dibicarakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Jun ini bagi tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI