fbpx

Katil ICU hospital capai tahap 83 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar penggunaan katil di wad ICU hospital seluruh negara telah mencapai 83 peratus. - Foto kredit: Facebook Kementerian Kesihatan

PETALING JAYA – Kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) ICU Covid-19 secara keseluruhannya di seluruh negara telah mencapai 83 peratus semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah dan mengehadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa. Kita jaga kita,” katanya di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI