fbpx

Juventus rangkul trofi Piala Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS berjaya merangkul kejuaraan Piala Itali buat kali ke-14 dalam sejarah kelab itu selepas menundukkan Atalanta di pentas final awal pagi semalam. – AFP

REGGIO EMILIA – Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menjadi individu paling gembira ekoran kejayaan pasukannya berjaya merangkul gelaran Piala Itali selepas menundukkan Atalanta awal pagi semalam.

Kejayaan Juventus meraih kemenangan 2-1 itu menyaksikan nasib Pirlo bersama The Old Lady kembali cerah untuk kekal membimbing pasukan itu selepas berdepan tekanan hebat ekoran kegagalan mempertahankan kejuaraan Serie A.

Kemenangan itu juga merupakan hadiah hari jadi ke-42 terbaik buat Pirlo yang sebelum ini turut menghadiahkan Juventus trofi Piala Super Itali ketika musim pertamanya membimbing kelab berkenaan.

Juventus berjaya merangkul kejuaraan berkenaan menerusi dua jaringan yang dilakukan oleh Dejan Kulusevski dan Federico Chiesa biarpun Atalanta cuba memberi tentangan menerusi gol Ruslan Malinovskyi.

“Ia adalah perlawanan yang sangat menarik antara dua pasukan sejak dari awal hingga wisel penamat. Pada saya ia adalah perlawanan final yang sangat berbaloi untuk ditonton.

“Kami berharap untuk menang dan membawa pulang trofi ini biarpun musim ini agak tidak menentu buat pasukan kami. Kami menewaskan pasukan yang hebat di separuh akhir dan final, kami layak untuk meraih kejua­raan ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai masa depannya bersama Juventus selepas gagal mempertahankan gelaran Serie A, Pirlo mengakui dia yakin tidak akan dipecat.

“Sudah tentu saya percaya akan terus kekal. Saya mencintai bola sepak sejak kecil dan pe­rasaan itu masih kekal sehingga ini. Kelab akan membuat keputusan tetapi saya masih gembira untuk berada di sini dan menjalankan tugas saya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN