fbpx

Israel lulus gencatan senjata selepas Gaza musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin berkumpul di jalan-jalan untuk meraikan berita gembira mengenai langkah gencatan senjata yang telah dipersetujui. - AFP

GAZA – Selepas 11 hari membedil Semenanjung Gaza tanpa henti sehingga memusnahkan bandar tersebut, Israel akhirnya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula awal pagi ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menggelar langkah itu sebagai ‘sepakat dan tanpa syarat’.

Manakala tentera Hamas turut mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘sepakat dan serentak’.

Langkah untuk mengenakan gencatan senjata itu diambil setelah mendapat tekanan penduduk dan pemimpin antarabangsa dengan Mesir bertindak sebagai perantara.

“Kabinet telah menerima cadangan daripada semua pegawai keselamatan untuk meluluskan inisiatif Mesir bagi melakukan gencatan senjata secara bersama tanpa syarat awal,” kata kenyataan yang dikeluarkan Israel.

Sejurus selepas berita tersebut diumumkan, ratusan penduduk Palestin memenuhi jalan-jalan di Gaza untuk meraikan berita gembira itu.

Mereka membunyikan hon kereta, melepaskan tembakan ke udara dan menangkap gambar sambil memegang senjata, selepas melalui minggu-minggu sukar dalam konflik berdarah itu.

Pertempuran antara Palestin dan Israel bermula pada 10 Mei lepas, selepas Israel mengusir beberapa penduduk Palestin di Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis.

Ia adalah untuk memberi ruang kepada pendatang haram Israel menduduki kawasan tersebut selain pertempuran turut tercetus di Masjid Al-Aqsa.

Akibat konflik tersebut, Semenanjung Gaza musnah selepas Rejim Zionis melancarkan serangan berterusan yang telah membunuh 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak selain 1,900 turut tercedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI