fbpx

IOC jamin Olimpik selamat dianjurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BACH memberi jaminan bahawa saingan Olimpik akan dianjurkan dengan selamat. – AFP

LONDON – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi jaminan bahawa temasya Sukan Olimpik Tokyo Jepun akan diadakan dalam keadaan selamat bukan sahaja kepada atlet, malah buat komuniti tuan rumah.

Ketika ini, rakyat Jepun mendesak Sukan Olimpik ditangguhkan atau dibatalkan berikutan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di negara matahari terbit tersebut dilihat semakin membimbangkan.

Presiden IOC, Thomas Bach berkata, ketika ini kira-kira 80 peratus atlet yang akan berada di Perkampungan Olimpik telah menerima vaksin atau tempahan menjelang Sukan Olimpik yang membuka tirai pada 23 Julai ini nanti.

“IOC sentiasa menyokong rakan kami iaitu Jepun dan saya hanya dapat tekankan di sini bahawa temasya Sukan ­Olimpik dan Paralimpik akan diadakan dalam keadaan selamat buat semua orang.

“Kini fokus kami dan tuan rumah adalah memastikan Sukan Olimpik diadakan dengan jayanya,” katanya.

Kerajaan Jepun dijangka memperluaskan pengisytiharan darurat berikutan lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu ketika temasya Sukan Olimpik hanya tinggal kurang 10 minggu.

Persatuan Pengamal Perubatan Tokyo yang mewakili kira-kira 6,000 doktor turut menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga agar mempertimbangkan pembatalan pe­nganjurannya ekoran risiko ke­selamatan.

Pengamal Perubatan Tokyo menegaskan petugas di hospital-hospital di ibu negara Jepun sudah tidak menang tangan, malah tidak mempunyai kapasiti tambahan untuk menghadapi lonjakan kes-kes baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI