fbpx

Hamas dakwa kemenangan ke atas Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BANDAR GAZA – Seorang pemimpin kanan Hamas mendakwa menang dalam konflik dengan Israel ketika berucap di hadapan beribu-ribu orang yang meraikan pelaksanaan gencatan senjata Israel-Palestin di Bandar Gaza hari ini.

“Ini adalah kemuncak kegembiraan,” kata pemimpin kedua paling kanan Hamas, Khalil al-Hayya sambil menambah, beliau berjanji akan membina semula kediaman penduduk Palestin yang musnah dalam serangan udara Israel.

Gencatan senjata tajaan Mesir itu yang turut melibatkan kumpulan bersenjata kedua paling kuat di Gaza, Jihad Islam, dipersetujui malam tadi dan dilaksanakan hari ini susulan tekanan masyarakat antarabangsa yang mahu pertumpahan darah ditamatkan.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu telah membunuh seramai 232 rakyat Palestin termasuk 63 kanak-kanak dan mencederakan 1,900 yang lain, demikian menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Kawasan luas di Gaza menjadi padang jarak akibat serangan udara Israel manakala kira-kira 120,000 orang menjadi pelarian, kata Hamas.

Tentera Israel berkata, Hamas dan kumpulan bersenjata Islam lain di Gaza telah membedil lebih 4,300 roket ke arah Israel sepanjang konflik tersebut tetapi sebahagian besar senjata itu dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan ‘kubah besi’ Israel.

Bedilan roket itu meragut 12 nyawa di Israel termasuk dua kanak-kanak di samping seorang rakyat India dan dua warganegara Thailand antara yang terbunuh, kata polis Rejim Zionis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI