fbpx

Guru besar direman lima hari ‘songlap’ zakat asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru besar yang menyalahguna kedudukan bagi pengeluaran wang zakat RM75,000 dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk proses reman. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sejumlah wang zakat RM75,000 disyaki dikeluarkan seorang guru besar yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam demi kepentingan diri sendiri adalah untuk kegunaan bantuan zakat duit raya murid asnaf sekolah tersebut.

Sumber mendedahkan bantuan zakat adalah untuk manfaat kepada 250 murid dengan setiap seorang daripadanya memperolehi RM300

Katanya, suspek lelaki berusia 54 tahun itu telah berkhidmat selama 24 tahun sebagai guru dan menjadi guru besar di sekolah kebangsaan tersebut dalam tempoh 2017 hingga tahun ini.

“Suspek dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah terbabit bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank, dua tahun lalu.

“Suspek juga baharu sahaja dipindahkan tiga minggu di sebuah sekolah lain juga di negeri ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelas sumber itu, siasatan lanjut masih dijalankan terhadap corak perbelanjaan wang tersebut oleh suspek tersebut demi kepentingan peribadinya.

Terdahulu suspek yang ditahan pukul 4 petang semalam di pejabat SPRM Klang telah dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut pagi ini.

Dalam prosiding tersebut, suspek diwakili Peguam Nur Asikin Mohamed Yusoff. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI