fbpx

Empat lelaki ditahan pesta dadah dengan janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditahan bersama empat lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang janda dan empat lelaki yang sedang leka berpesta dadah di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, Butterworth di sini tergamam apabila diserbu polis pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan bersama lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun berkenaan dalam operasi kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berasal dari Teluk Air Tawar, Penaga dan Kepala Batas di sini telah mendaftar masuk di hotel itu sejak kelmarin.

“Pemeriksaan di dalam bilik hotel itu menemui tiga paket plastik lutsinar dipercayai dadah, manakala mereka didapati tiada pertalian darah.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu positif syabu, manakala wanita yang bekerja kilang berkenaan negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua suspek juga masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI