fbpx

Debaran tunggu keputusan lockdown atau sebaliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Rata-rata rakyat Malaysia menantikan keputusan yang bakal diputuskan kerajaan petang ini sama ada melaksanakan perintah lockdown ataupun sebaliknya dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Pun begitu, majoriti rakyat negara ini beranggapan dan berharap agar lockdown dapat dilaksanakan ekoran jangkitan wabak yang dilihat semakin membimbangkan serta di luar kawalan.

Seorang eksekutif swasta, Hazim Shahbudin, 28, berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memberikan keputusan terbaik sekali gus mencerminkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat.

“Sebagai rakyat kami bersedia untuk menghadapi lockdown sekali lagi sama seperti tahun lalu, biarlah pengorbanan kali ini berhasil dan kita mampu memerangi Covid-19 kembali.

“Apa yang penting, kerajaan perlu gariskan prosedur operasi standard (SOP) jelas supaya rakyat tidak keliru dan mudah untuk mematuhinya,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, seorang kakitangan awam, Alif Haikal Kamaruddin, 28, meminta kerajaan untuk memperhalusi SOP sekiranya lockdown akan dilaksanakan.

“Kerajaan juga perlu memperketatkan semua undang-undang yang dilihat longgar sebelum ini terutamanya melibatkan pihak berkepentingan seperti golongan selebriti,” tegasnya.

Pengusaha gerai makanan, Nurul Atiqa Abdulllah, 31, mengharapkan agar kedai makan dapat beroperasi seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti tahun lalu sekiranya dilaksanakan lockdown.

“Kami akur dengan lockdown, namun harap ada kelonggaran untuk kedai makan dan kedai barangan keperluan asas beroperasi,” jelasnya.

Difahamkan, satu mensyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) melibatkan kehadiran Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bakal berlangsung di Putrajaya pada pukul 3 petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI