fbpx

Batal Sukan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / REUTERS
MUHAMMAD HELMEE RAMLI, WARTAWAN EKSEKUTIF

WALAUPUN krisis Covid-19 sudah berlanjutan hampir dua tahun, namun belum ada tanda-tanda pandemik itu bakal berakhir berdasarkan jumlah kes yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Justeru, penganjuran temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sepatutnya berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos depan kembali berada dalam keadaan samar.

Meskipun kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan komitmen untuk meneruskan pe­nganjuran Sukan Olimpik, namun penulis berpendapat ianya sukar dilaksanakan.

Rakyat Jepun juga sudah mula bersuara supaya kerajaan membatalkan penganjuran Sukan O­limpik kerana bimbang dengan ancaman Covid-19 yang lebih dahsyat menerusi kemasukan atlet-atlet dari seluruh dunia.

Bagi penulis, apabila rakyat sudah mula bersuara, kebiasaannya kerajaan terpaksa akur, le­bih-lebih lagi Jepun yang sentiasa menghormati pendapat serta permintaan rakyatnya.

Jepun juga turut berdepan cabaran untuk menganjurkan temasya sukan empat tahun sekali itu apabila dilaporkan lebih 350,000 rakyatnya sudah menandatangani petisyen supaya sukan berprestij itu dibatalkan.

Bekas Pengerusi Kesatuan Peguam Jepun, Kenji Utsunomiya menegaskan, kerajaan Jepun ketika ini sepatutnya menjadikan keselamatan rakyatnya sebagai keutamaan berbanding pe­nganjuran temasya sukan ber­kenaan.

“Sekarang adalah masa untuk kita mengutamakan nyawa serta keselamatan rakyat berbanding cenderung bagi menganjurkan Sukan Olimpik 2020. Mungkin keputusan (penganjuran Sukan Olimpik) terletak di tangan IOC.

“Kerajaan Jepun sepatutnya boleh mendesak IOC supaya membatalkan Sukan Olimpik, bukannya membiarkan semua rakyat resah memikirkan malapetaka yang akan berlaku jika ia diteruskan,” kata beliau.

Berdasarkan keadaan semasa yang turut melanda negara ketika ini, penulis juga berpendapat Sukan Olimpik edisi ke-32 itu wajar ditangguh atau dibatalkan sekiranya jumlah kes tidak me­nunjukkan penyusutan.

Meskipun demikian, kerajaan Jepun tidak memiliki kuasa penuh atas keputusan sama ada untuk meneruskan atau membatalkan penganjuran temasya sukan itu memandangkan ia ha­nya boleh diputuskan oleh IOC.

Pemain badminton beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying turut mengakui penganjuran kali ini mungkin berisiko sekiranya Olimpik dite­ruskan kerana atlet dari seluruh dunia akan berkampung di sana.

Bagaimanapun, dia masih mengharapkan temasya sukan terbesar dunia itu diteruskan kerana edisi kali ini mungkin menjadi Olimpik terakhir ba­ginya berdasarkan usia yang sudah menjangkau 32 tahun.

“Saya tahu memang ada risiko dengan penganjuran kali ini ke­rana atlet-atlet dari seluruh dunia akan berkumpul di perkampungan sukan, jadi fikir ia sangat sukar buat penganjur untuk me­ngendalikannya.

“Secara jujur, saya masih mahu Olimpik dijalankan kerana berdasarkan maklumat yang kami dapat, kerajaan Jepun akan mengenakan Prosedur Operasi Standard yang ketat seperti ujian calitan setiap dua hari,” kata pemain kelahiran Melaka itu.

Difahamkan, ketika ini hampir 80 peratus rakyat Jepun melakukan bantahan dalam usaha memaksa kerajaan negara itu memujuk IOC untuk membatalkan Sukan Olimpik Tokyo. Jumlah keseluruhan penduduk Jepun ialah 126 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI