fbpx

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM di perairan Kuala Kemaman pada kelmarin.

KEMAMAN – Taktik sebuah bot nelayan Vietnam yang cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran tempatan palsu gagal memperdaya Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, bot tersebut ditahan bersama 29 nelayan Vietnam ketika sedang leka menangkap ikan pada kedudukan 36 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 7.30 malam.

“Bot tersebut disyaki bot klon walaupun menggunakan nombor pendaftaran tempatan kerana ciri dan struktur fizikalnya menyerupai bot nelayan Vietnam.

“Kesemua nelayan Vietnam yang berusia dalam lingkungan 22 dan 54 tahun turut ditahan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 29 suspek berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Lesen bot tempatan yang dikemukakan tekong juga meragukan. Selain itu, peralatan menangkap ikan, bekalan diesel kira-kira 1,500 liter dan hasil laut dianggarkan seberat enam tan yang keseluruhannya bernilai RM1.6 juta dirampas.

“Bot dan barangan rampasan lain telah ditunda ke Jeti Zon Maritim Kemaman dekat sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI