fbpx

550 individu ditahan langgar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kepatuhan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat masih rendah apabila seramai 550 individu ditahan semalam ekoran ingkar arahan itu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 532 individu dikompaun manakala 17 lagi direman.

Katanya, seorang lagi individu pula telah dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan termasuklah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (193) selain tidak memakai pelitup muka (122) serta gagal mematuhi arahan kawalan pergerakan (72).

“Sejumlah 57 individu ditahan ekoran tiada penjarakan fizikal, rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (4), mengadakan rumah terbuka (1) serta lain-lain (101),” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI