fbpx

50 kes kematian dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes kematian terkini di Malaysia mencecah 2,149 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula merekodkan sebanyak 6,493 kes, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 498,795 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga meningkat sebanyak 52,106 kes iaitu 643 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh pula merekodkan 4,508 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 444,540 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI