fbpx

Hina Palestin ‘babi’, pelajar dibuang sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar ini memuat naik video menghina warga Palestin menerusi TikTok. -TikTok

JAKARTA – Seorang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Bengkulu, Sumatera dibuang sekolah selepas memuat naik satu klip video menghina Pa­lestin di akaun TikTok miliknya, lapor laman berita Coconuts.co kelmarin.

Pelajar perempuan yang tidak didedahkan identitinya itu memuat naik video dengan menggelar warga Palestin sebagai ‘babi’ dan layak dibunuh.

Tidak dapat dipastikan sama ada video itu merupakan gurauan, namun mesejnya serupa dengan  satu lagi kan­dungan TikTok yang dimuat naik oleh seorang lelaki dari wilayah Nusa Tenggara Barat.

Lelaki itu kini berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana melanggar Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UUITE).

Biarpun gadis itu tidak didakwa atas kesalahan jenayah, dia didatangi anggota polis yang menasihati pelajar di sekolah itu tentang bahaya ucapan kebencian.

Gadis itu juga membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya memohon maaf kepada negara Palestin dan warga­nya berhubung kenyataan saya di TikTok. Saya berjanji akan menerima akibatnya,” katanya.

Ketua Lembaga Pendidikan Bengkulu Tengah, Adang Parlindungan berkata,  tindakan pelajar perempuan itu telah mencemarkan imej pendidikan di Bengkulu Tengah dan penyelesaiannya adalah pihak sekolah perlu menyerahkan pelajar itu kepada ibu bapa­nya. 

Persatuan Pendidikan dan Guru (P2G) bagaimanapun mengkritik pengusiran pelajar itu dengan mengatakan bahawa video itu ucapan remaja yang sedang marah.  

Pihak P2G juga berkata ke­salahan seharusnya diletakkan pada guru kerana membuatkan pelajar itu tidak tahu tentang penderitaan rakyat Palestin. 

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI