fbpx

WHO rayu dana kecemasan RM29 juta untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAHERAH, Mesir – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini merayu bantuan kecemasan berjumlah AS$7 juta (RM29.02 juta) yang diperlukan bagi menangani krisis kesihatan dalam tempoh enam bulan akan datang di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat ketika konflik dengan Israel berterusan

Dana itu diperlukan bagi bagi keperluan  tindak balas kecemasan  dalam tempoh enam bulan akan datang,”kata WHO dalam satu kenyataan susulan keganasan yang semakin meningkat antara Rejim Zionis dan Palestin sejak 10 Mei lalu.

Sementara itu, usaha diplomatik ke arah satu gencata senjata semakin mendapat momentum hari ini ketika pertempuran antara tentera rejim Zionis dan kumpulan pejuang Palestin di Gaza memasuki hari ke-11.

Tentera Israel menyatakan bahawa Hamas dan kumpulan Islam lain Gaza telah membedil 4,070 roket ke arah Israel dengan sebahagian besarnya dipintas sistem pertahanan ‘kubah besi’ Rejim Zionis.

Roket -roket itu meragut 12 nyawa di Israel termasuk seorang kanak-kanak, seorang warga India dan seorang rakyat Thailand.

Serangan Israel ke atas Gaza pula membunuh 230 rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak, demikian menurut Kementerian Kesihatan Hamas, manakala kira-kira 120,000 penduduk Palestin menjadi pelarian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI