fbpx

Wanita warga emas bakar rumah takutkan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang warga emas di Thailand membakar rumahnya apabila mendapati ada beberapa pencuri cuba memecah masuk ke dalam  rumahnya dalam kejadian di daerah Panat Nikhom,  wilayah Chonburi, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Wanita berumur 77 tahun itu tinggal bersendirian. Ketika kejadian dia cuba menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menghidupkan dapur gas dan membakar beberapa barangan di dalam rumahnya.

Selepas mempercayai penceroboh tersebut sudah beredar tidak lama kemudian, wanita itu cuba memadamkan kebakaran yang dia sendiri mulakan, namun, api merebak dengan begitu pantas dan seluruh rumah tersebut terbakar.

Mangsa kemudian lari keluar dan menghubungi pihak polis dan bomba.

Apabila anggota polis dan bomba tiba, mereka menemui wanita itu menunggu dengan tenang di luar kediaman dua tingkat tersebut yang marak dijilat api.

Siasatan polis berhubung kes tersebut tidak menemui sebarang bukti pecah masuk, namun ia bukan bermakna pihak berkuasa tidak mempercayai keterangan  wanita tersebut.

Seorang jurucakap Polis Panat Nikhom berkata, wanita itu masih berdepan tindakan undang-undang kerana kebakaran tersebut sementara siasatan selesai.

Ini adalah kerana menurut undang-undang negara itu, mencetuskan kebakaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang walaupun kediaman sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI