GENEVA, Switzerland – Kemajuan dalam perang melawan pandemik koronavirus masih ‘rapuh’ manakala perjalanan antarabangsa perlu dielakkan, kata pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah, Hans Kluge hari ini .
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa vaksin yang mendapat kelulusan WHO berkesan melawan jangkitan varian Covid-19 termasuk varian yang mencetuskan kebimbangan.
“Ketika ini ketika dunia terus berdepan ketidaktentuan, kita perlu terus berwaspada dan mengelak perjalanan antarabangsa,” kata Kluge sambil menambah, kluster-kluster jangkitan di Eropah boleh merebak dengan cepat.
Menurutnya, varian India yang amat cepat menular telah dikesan di sekurang-kurangnya 26 daripada 53 negara di rantau Eropah di bawah pengawasan WHO.
Bagaimanapun, beliau berkata vaksin yang diluluskan berkesan menangani varian baharu.
“Semua varian virus Covid-19 yang muncul setakat ini dapat ditangani menggunakan vaksin yang diluluskan,”katanya. -Agensi