fbpx

Tempoh lanjutan LDL sehingga 11 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wee Ka Siong

PUTRAJAYA –  Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  memberi pelanjutan tempoh selama sembilan bulan bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) sehingga 11 November depan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemilik LDL layak mendapat tempoh pelanjutan itu dengan hanya membuat salinan LDL bersama bayaran RM10 sekiranya LDL tamat tempoh melebihi dua tahun atau tamat tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tarikh yang akan dicetak pada LDL adalah tarikh transaksi dilakukan dan tamat pada 11 November depan (melebihi tempoh tiga atau enam bulan),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ka Siong berkata, pemilik tidak layak menerima penyelarasan baharu PKP jika tarikh tamat lesen LDL lebih dua tahun sebelum atau selepas PKP iaitu sebelum 13 Januari lalu atau selepas 11 November depan.

“Sehubungan itu, pemilik perlu membuat permohonan baharu LDL dan perlu mengulangi semula Latihan KPP 01, KPP 02 dan KPP 03 serta menduduki kesemua Ujian Bahagian I, II dan III, ” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi pemilik LDL B2 tunggal pula dibenarkan untuk transaksi memperbaharui lesen dengan bayaran RM2 bagi tempoh tiga bulan jika LDL masih mempunyai baki tempoh dua tahun.

“Pelanjutan ini adalah susulan pelaksanaan PKP bermula 13 Januari lalu yang melarang pengoperasian pusat latihan memandu atau institut memandu (IM), e-hailing operator (EHO) dan pusat ujian komputer (e-Khidmat) melibatkan aktiviti latihan dan ujian,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI