fbpx

Sumbangan bermakna IU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

PENYANYI IU yang cukup terkenal dengan sikap pemurah apabila kerap menyalurkan sumbangan dilaporkan melakukan perkara sama sempena sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Dia dilaporkan telah menyumbang sebanyak 500 juta won (RM1.8 juta) kepada beberapa pertubuhan termasuklah Pertubuhan Pediatrik Kanser Korea dan YEOULDOL (kumpulan yang membantu golongan kanak-kanak penghidap penyakit jarang ditemui).

Selain itu, beberapa pertubuhan lain turut menerima sumbangan yang disalurkan oleh penyanyi berusia 28 tahun itu.

“IU mahu melakukan perkara baik atas nama UAENA (nama kumpulan peminatnya) pada sambutan hari lahirnya yang akan menghampiri penutup angka 20-an.

“Apa yang dilakukannya adalah untuk membayar segala kasih sayang tidak berbelah bahagi yang diterima selama dia membangunkan kariernya sehingga ke hari ini,” kata agensi penyanyi itu, EDAM Entertainment.

Difahamkan, sumbangan yang dihulurkan penyanyi itu akan digunakan untuk proses pembedahan dan rawatan bagi pesakit kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit jarang ditemui.

Bahkan, golongan lain yang menerima manfaat daripada sumbangan tersebut ialah keluarga ibu atau bapa tunggal, orang tua tinggal bersendirian dan golongan kanak-kanak susah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI