fbpx

Sultan Johor mahu Ahli Parlimen, ADUN mesyuarat bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bertitah supaya Ahli Parlimen dan ADUN adakan mesyuarat bersama dalam mendepani ancaman pandemik Covid-19 semakin menular. - Foto KREDIT ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini perlu memainkan peranan mereka dalam berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 yang semakin menular.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, peranan itu termasuklah dengan membantu individu yang terkesan.

Titah baginda, Ordinan Darurat yang menghalang persidangan Parlimen dan DUN tidak sepatutnya menghalang wakil rakyat menggembleng tenaga untuk kebaikan masyarakat.

“Saya sedar akan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa menghalang persidangan Parlimen dan DUN untuk dijalankan ketika ini.

“Namun, saya rasa khidmat Ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak ini.

“Saya menyeru satu perbincangan secara mesyuarat diadakan di kalangan semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri ini dengan dipengerusikan Menteri Besar Johor,” titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sultan Ibrahim mengeluarkan titah berkenaan ekoran peningkatan kes positif Covid-19 harian di negeri ini yang merekodkan sejumlah 699 kes baharu, semalam.

Perbincangan itu akan membolehkan semua Ahli Parlimen dan ADUN memberi pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak Covid-19.

“Mesyuarat itu juga bertujuan untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bangsa Johor,” titahnya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI