fbpx

Sorok 117 kotak mercun, bunga api dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali Mohamad (tengah) menunjukkan sebahagian mercun yang berjaya dirampas di Segamat pada sidang akhbar di Menara Kastam Johor Bahru, Johor hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah rumah di kawasan kampung dalam daerah Segamat yang menjadi tempat penyimpanan mercun dan bunga api tidak bercukai diserbu anggota penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor Bahru, 5 Mei lalu.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Sazali Mohamad berkata, serbuan yang dibuat pada pukul 1.45 pagi itu menyita sebanyak 117 kotak mercun dan bunga api dengan nilai rampasan RM103,372 termasuk cukai.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 2.5 tan mercun dan bunga api ditemui disembunyikan dalam dua bilik di rumah tersebut.

“Susulan rampasan itu, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 31 dan 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat dibuat, wanita itu mengaku barang larangan itu adalah miliknya yang diletakkan di rumah lelaki berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan memiliki dan menyimpan barang larangan tanpa permit yang sah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI