fbpx

Set haruman Alif sempurnakan lagi sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SET Alif bakal memenuhi keperluan pelanggan untuk mendapatkan haruman bagi kenderaan, badan dan juga ruang kediaman.

PETALING JAYA – Disa Synergy Sdn. Bhd. pengeluar produk wangian pelbagai guna berjenama Flerr, optimis untuk mencatat jualan yang menggalakkan buat produk keluaran terbaharunya, set Alif – The One & Only (Alif).

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Safrizal Azmi berkata, pengenalan set edisi khas bersempena sambutan Aidilfitri itu ditawarkan dalam satu set tiga dalam satu untuk mewangikan kenderaan, badan dan juga ­ruang kediaman.

Menurut beliau, set Alif itu mengandungi The Freshmaker air freshener, Signature Fragrance the body perfume dan terbaharu Fabreco the fabric spray dengan wangian Oudh exclusive.

“Wangian Oudh exclusive yang diimport dari Asia Barat itu bakal mengubati rindu pe­langgan terhadap suasana di Tanah Suci.

“Wangian tersebut diinspirasikan daripada Oudh dan ia adalah antara pati termahal yang pernah Flerr gunakan dalam harumannya kali ini.

“Dengan tema, ‘Sucikan Ramadanmu dengan Alif’, kami berharap set ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan baharu untuk menjadi stokis dan ejen,” kata­nya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Safrizal menjelaskan, edisi terhad Alif itu dijual pada harga RM54.90 satu set.

Flerr mula berada di pasaran pada Ogos 2016 dengan nama jenama asalnya Fleur.

Jenama tersebut terkenal dengan produk pewangi kenderaan yang mana pada awalnya, ia mempunyai hanya lima pilihan haruman dan sekarang produk berkenaan telah bertambah kepada lebih 20 haruman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI