fbpx

Remaja sedih digelar ‘Dan Kudung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. RAMDAN menunjukkan dua jari tangan kirinya yang putus akibat bermain mercun ketika ditemui di rumahnya di Tumpat baru-baru ini.

TUMPAT – Peristiwa tujuh malam terakhir di bulan Ramadan lima tahun lalu merupakan detik hitam yang mengubah hidup Mohd. Ramdan Mohd.Zulkifli, 15.

Selepas kejadian itu, remaja tersebut digelar ‘Dan Kudung’ oleh rakan-rakannya kerana dua jari tangannya putus akibat bermain mercun bola.

Mohd. Ramdan tidak me­nyangka kejadian itu menyebabkan dia sukar untuk menggunakan tangan kirinya, malah sehingga kini masih belum dapat menerima hakikat dia mengalami kecacatan kekal.

Cerita Mohd. Ramdan, ketika kejadian, dia dan seorang rakannya pergi ke kawasan tali air untuk bermain mercun bola ketika jemaah surau menunaikan solat tarawih.

“Pada pukul 9 malam, kami membakar mercun bola yang pertama dan mengeluarkan bunyi kuat. Apabila saya membakar dan membaling mercun kedua, ia tidak meletup.

“Saya kutip mercun itu dan mendapati sumbunya terpadam. Mercun tersebut bagaimanapun meletup secara tiba-tiba semasa berada di ta­ngan saya,” katanya kpeada Kosmo! di Kampung Kubang Batang di sini baru-baru ini.

Mohd. Ramdan berkata, dia sempat melihat jari tangan ki­ri­nya yang berlumuran darah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu di sini.

Sejak kejadian itu, Mohd. Ramdan sudah tidak bermain, malah tidak menyentuh langsung mercun terutamanya ketika bulan Ramadan dan Syawal.

“Orang kampung dan kawan-kawan gelarkan saya ‘Dan Kudung’. Saya amat sedih, namun reda kerana kesalahan sendiri,” katanya.

Apa yang pasti, setiap kali mendengar bunyi dentuman mercun, Mohd. Ramdan pasti akan terkenangkan peristiwa hitam yang menimpanya satu ketika dahulu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI