fbpx

Percepat jualan dan penggunaan kit ujian kendiri Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertubuhan Keilmuan Nasional meminta kerajaan mempercepatkan kebenaran penjualan dan penggunaan kit ujian kendiri jenis Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) supaya orang awam boleh menjalankan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri di rumah.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Faizal Zulkifly berkata, lebih ramai orang awam perlu disaring untuk menentukan sama ada mereka pembawa Covid-19 atau tidak dalam peningkatan kes sporadik yang tidak diketahui puncanya pada masa ini.

“Cadangan mengadakan saringan besar-besaran di kawasan yang mencatat kes tinggi adalah baik namun proses itu dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan seterusnya meningkatkan risiko jangkitan akibat perkumpulan orang ramai di satu tempat,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mempertimbangkan beberapa alternatif lain sebelum situasi menjadi parah walaupun pihak KKM telah memaklumkan kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-10 akan tersedia di pasaran selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan.

Mohd Faizal berkata, ini kerana produk RTK-Ag sudah berada di pasaran, cuma ia perlu dibuka untuk dijual kepada orang awam.

Tambahnya, walaupun ketepatan ujian RTK-Ag tidak setinggi ujian tindak balas berantai polimerase (Rt-PCR) tetapi sekurang-kurangnya ia membolehkan individu positif Covid-19 dapat dikesan selain mengelakkan risiko penyebaran wabak dalam kalangan mereka yang tidak bergejala.

“KKM juga dicadangkan membuat buku panduan serta video simulasi bagaimana untuk menjalankan ujian kendiri tersebut di rumah supaya orang awam boleh merujuk kaedah ujian serta meningkatkan ketepatan ujian berkenaan.

“Ketika ini, banyak pengeluar telah memperkenalkan kit tersebut dan menunggu kelulusan penggunaan dengan harga purata sekitar RM30 hingga RM45 dan ia dapat mengurangkan kos orang awam untuk menjalani ujian saringan di pusat kesihatan swasta yang berharga antara RM90 ke RM150 untuk sekali ujian,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI