fbpx

Pemilik, pekerja hotel dikompaun RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita Thailand menginap di sebuah bilik hotel yang didapati masih beroperasi meskipun daerah Kota Setar dikenakan PKPD.

ALOR SETAR – Seorang pemilik hotel di sini dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila didapati masih menjalankan operasi hotel pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Kompaun tersebut dikeluarkan selepas pasukan pemantauan pematuhan SOP PKPD Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut kira-kira pukul 10.30 malam.

Polis kemudian mengeluarkan satu lagi kompaun ke atas pekerja hotel terbabit sebanyak RM2,000 setelah didapati premis sama masih dibuka kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kompaun sebanyak RM10,000 dikeluarkan ke atas seorang lelaki berusia lingkungan 60-an yang merupakan pemilik hotel pada malam semalam.

“Pemeriksaan di hotel itu juga mendapati terdapat seorang wanita warga Thailand berusia lingkungan 30-an yg didaftarkan sebagai pelanggan dan menginap di salah sebuah bilik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dokumen perjalanan wanita itu telah tamat tempoh sebelum dia ditahan dengan siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hotel tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan dalam sektor perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKPD di Kota Setar yang bermula semalam hingga 1 Jun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI