fbpx

Neelofa dikritik tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan Haris ketika tiba di Mahkamah Seremban, baru-baru ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PETALING JAYA – Tindakan selebriti Noor Neelofa atau Neelofa yang hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan tanpa memakai pelitup muka mengundang kritikan netizen di media sosial hari ini.

Sewaktu berjalan masuk dan mengimbas kod QR MySejahtera beberapa keping foto yang tersebar memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah Neelofa iaitu dari paras hidung ke mulut yang agak jelas di sebalik purdah yang dipakai.

Ada di antara mereka yang menegur material kain purdah yang dipakai tampak nipis sehingga menyebabkan perkara itu berlaku.

“Niqab macam kelambu nyamuk, pelitup muka tak pakai,” komen seorang pengguna Facebook.

“Tak terfikir ke niqab itu kainnya nipis dan perlu pakai pelitup muka,” ulas seorang lagi netizen.

 

Antara komen netizen di media sosial.

Namun terdapat juga komen berkecuali yang meminta orang ramai berhenti mengumpat dan mencela kesalahan orang lain selain mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

“Sudah-sudahlah. Biar pihak berwajib ambil tindakan yang adil. Kita tidak perlu kutuk mengata orang akhirnya kita sendiri dapat dosa percuma sahaja,” kata seorang pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laporan yang disiarkan Kosmo! pada Oktober lalu pernah menyarankan wanita berpurdah supaya turut memakai pelitup muka sebagai pelindung jangkitan Covid-19.

Katanya, Kementerian Kesihatan menyarankan dua jenis pelitup muka iaitu pelitup muka perubatan tiga lapis dan pelitup muka bukan perubatan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (menghindari jangkitan) jadi disyorkan kepada mereka yang memakai purdah supaya turut menggunakan pelitup muka,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI