fbpx

Lelaki Bangladesh diburu bunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joynal diburu selepas membunuh rakan senegaranya.

KLANG – Seorang lelaki warga Bangladesh diburu selepas dipercayai membunuh rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kedai menjual kereta terpakai di Bandar Baru Klang, di sini.

Dalam kejadian pukul 2 petang pada 8 Mei lalu, mangsa maut disyaki dipukul menggunakan senjata di bahagian kepala selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek dikenali Joynal Abadi berusia 40-an yang turut cedera di tangan kiri selepas terkena torehan pisau sepanjang kira-kira 21 sentimeter melarikan diri selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi talian 03-3291 2222.

“Polis percaya, sekiranya suspek berjaya ditangkap dapat menyelesaikan kes bunuh tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI