fbpx

Kecoh varian Covid-19 Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOTIS tentang sekatan koronavirus baharu dipaparkan di pintu masuk sebuah taman di Singapura hari ini. - AFP

SINGAPURA – Singapura menggunakan undang-undang maklumat palsu hari ini untuk mengarahkan Facebook dan Twitter memberi amaran kepada pengguna berhubung apa yang dikatakan  pemerintah sebagai dakwaan palsu kemunculan varian baharu Covid-19 yang berbahaya di pulau itu.

Ketua Menteri Delhi,  Arvind Kejriwal mendakwa di media sosial minggu ini bahawa varian baharu Covid-19 muncul di Singapura dan berisiko mencetuskan gelombang jangkitan baharu di India sekali gus menggesa larangan penerbangan dilaksanakan.

Bagaimanapun, Singapura menafikan dakwaan tersebut yang dianggap  tidak berasas.

Pemerintah Singapura menyatakan bahawa satu varian yang dikesan dan bertanggungjawab menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di pulau itu sebenarnya berasal dari India.

“Tiada varian Singapura berhubung wabak Covid-19.

“Varian yang makin merebak yang dikesan di Singapura ini berasal dari India,” kata pemerintah dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, dakwaan berhubung varian Singapura itu mula tersebar di internet dan mendorong pemimpin Singapura mengarahkan Facebook dan Twitter menyiarkan amaran mengenainya.

Pengguna Facebook di Singapura menerima notis amaran tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN