fbpx

Kaut untung tanpa kebenaran, Search beri amaran tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEARCH akan ambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakan jenama mereka untuk kepentingan peribadi.

PETALING JAYA – Kumpulan legenda rock terkenal tanah air, Search termasuk waris pemain dram Allahyarham Yazit Ahmad memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab agar menghentikan aktiviti perniagaan yang didakwa menggunakan nama band berkenaan tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Search yang diwakili pemain bass Nasir Daud  Amy (bekas vokalis) dan waris Yazit baru memaklumkan terdapat seorang individu yang dikenali sebagai Mozylir Mokhtaruddin telah menggunakan jenama Search tanpa kebenaran dalam urusan perniagaan barangan aksesori dan pakaian.

Mozylir juga didapati menjalankan mengendalikan segala urusannya atas label Home of Champions tetapi menggunakan nama ‘fenomenasearch’ untuk laman web http://www.fenomenasearch.com dan fenomenasearch.com. sebagai alamat e-mel.

Malah, dia juga didapati menjual pakaian dan aksesori menggunakan nama Search serta imej-imej berkaitan kumpulan itu menerusi beberapa laman web.

Antaranya http://www.fenomenasearch.com/shop, https://www.facebook.com/fbhomeofchampions/ serta laman sosial iaitu Instagram (@homeofchampions.store dan Shopee (homeofchampions.store.

Individu terbabit juga menjual kasut Aliph X Search – Edisi 2021 (terhad) sebanyak 999 unit.

Nasir, Amy dan waris arwah Yazit juga telah mengambil nasihat guaman dan mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Mokhtaruddin atau Home of Champions untuk menghentikan kegiatan yang disebut di atas.

Amy juga dilaporkan akan melakukan siaran langsung menerusi Instagramnya @akuamysearch menjelang pukul 8 malam esok untuk bercerita lanjut tentang perkara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI