fbpx

Jawi anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat setiap hari bermula hari ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, program itu akan dilakukan selepas solat Maghrib dan solat Jumaat di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau berkata, kaedah pelaksanaan program tersebut adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Teks zikir dan doa itu hendaklah dibaca dengan menggunakan pembesar suara yang jelas supaya boleh didengar oleh ahli kariah.

“Marilah kita bersama-sama bermunajat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar berasingan, Mohd. Ajib berkata, Jawi turut melancarkan Kempen Sumbangan bagi rakyat Palestin melalui 89 masjid dan 123 surau Jumaat di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Sumbangan bagi rakyat Palestin melalui kutipan Jumaat di masjid dan surau Jumaat seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 21 Mei dan 28 Mei ini.

“Sumbangan juga boleh disalurkan secara dalam talian melalui masjid dan surau Jumaat yang menyediakan perkhidmatan tersebut,” katanya.

Katanya, inisiatif di bawah penyelarasan agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu adalah lambang solidariti umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI